Panduan Solat
Taubat buat permulaan
[hanya utk yang tiada
asas,tak tahu zikir dan doa-doa yang dianjurkan untuk solat taubat]
Firman Allah yang
bermaksud:
Dan juga orang-orang yang
apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri,mereka segera
ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak
ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak
meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu,sedangkan mereka
mengetahui(akan salah dan akibatnya).
Surah
Ali ‘Imran ayat 135
Waktu:
Boleh dilaksanakan bila-bila masa sahaja apabila
telah berbuat dosa dan terbuka hati untuk bertaubat.Mengikut sumber sahih,boleh
juga dilakukan dalam waktu dilarang solat atas dasar taubat harus segera
dilaksanakan tidak boleh bertangguh-tangguh.
Cara:
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan
solat Taubat:
“Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana
Allah Taala”
2) Takbiratul Ihram -> doa Iftitah
3) Membaca surah al-Fatihah
4) Membaca Surah al-Quran yang diingati
5) Rukuk dan sujud seperti biasa.Boleh berdoa
diampunkan dosa dan apa sahaja hajat ketika bersujud kerana makbulnya doa
ketika sujud.
6) Tahiyyat.Selepas salam,doa dan istighfarlah.Jika
tidak tahu zikir,memadai dengan “Astaghfirullahaladzim”.
**Niat dan doa dalam Bahasa Melayu pun boleh
No comments:
Post a Comment